ASSALAMUALAIKUM
Hye u'olls. How about your day? Great? Kalau baik, bersyukurlah. Kalau kurang baik, bersabarlah. Masih ada hari2 yang mendatang yang pasti membawa kegembiraan untuk diri awak semua. Selagi kita menerima ujian daripada-Nya, bererti Allah masih sayangkan kita. Dia masih mahu menguji umatnya yang hina ini. Jadi bersyukurlah kerana kita masih di beri ujian. Allah tidak akan memberi ujian diluar kemampuan diri kita. Jika kita mendapat ujian daripada-Nya, dan kita rasa kita tidak mampu untuk mengatasinya, sebenarnya kita salah. Pasti ada jalan yang Allah telah sediakan untuk kita keluar dari masalah itu. Cuma kita sebagai umatnya wajib sentiasa mengingatinya, sering berdoa minta petunjuk daripada Sang Pencipta. Pasti kita akan jumpa jalan penyelesaiannya. Jadi janganlah berputus asa :)
Salah satu sifat manusia, apabila mereka ditimpa satu masalah yang besar, mereka tidak mahu berfikir dengan lebih panjang untuk menyelesaikan masalah mereka tu. Kalau ada jalan yang singkat, maka jalan itu lah yang akan di pilih. Sebab itu, kita lihat ramai orang yang sanggup bunuh diri. Itu semua semata2 mereka tidak mahu berdepan dengan masalah yang ada. Mereka lebih rela menggunakan jalan yang singkat untuk melenyapkan segala masalah. Itu bukan melenyapkan masalah, tetapi menambahkan lagi masalah. Mungkin masalah dengan manusia boleh hilang begitu sahaja. Tapi masalah dengan tuhan bagaimana pula? Dari situ kita boleh fikir, balasan apa yang akan kita terima jika kita membunuh diri. Ada niat untuk membunuh diri sahaja ibarat kita nie dah menempah tiket untuk melangkah ke pintu neraka. Ini lagikan jika kita betul2 melakukannya. Nauzubillah.
Sebenarnya syila bukan nak bercerita tentang bunuh diri.Tapi syila nak bercerita tentang sikap sabar berfikir secara waras. Setiap mannusia pasti mempunyai masalah. Jangan kita kira, masalah yang kita ada sekarang sudah cukup besar. Masih banyak lagi ujina2 yang Allah ingin berikan kepada kita. Jadi kalau setakat dengan umur 20-an tu dah tak sanggup nak hadapi masalah yang kecil, macam mana pula kalau kita dah berumur 30-an atau 40-an nanty. Dari masalah yang kecil inilah kita boleh melatih diri kita supaya bersabar. Agar apabila kita mendapat masalah yang lagi besar daripada ini, kita masih boleh menghadapinya. Ingat tuhan akan sentiasa ada bersama umat yang sentiasa mengingatinye. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Hanya sifat sabar yang kita perlukan untuk mendapat hikmah disebalik semua masalah itu. :) Tersenyum lah selagi nikmat itu masih ada. Jangan pernah sesekali kamu persiakan nikmat yang telah Allah kurniakan itu. Tapi jangan persalah gunakan pula. Silap langkah kita makin mendapat banyak masalah.
Jodoh pertemuan, Ajal maut segalanya di tangan tuhan. Kita hanya umat biasa. Pasti ada melakukan kesilapan. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Jadi jangan lah kamu semua hanya mencari silap orang di sekeliling kamu. Sebaliknya nilai diri kamu sendiri. Dan kamu akan nampak apa kesilapan diri kamu dan apa kelebihan diri kamu. Bersabar dan cuba sedikit demi sedikit untuk memperbetulkan kesilapan diri kamu itu. Tidak perlu menilai orang lain. Kerana itu hanya akan menambah dosa kita sahaja. Renungkahlah semua :)


0 comments:
Post a Comment