Mulut lancang
ibarat memakan tahi sendiri sebelum berucap
bau nya menyebabkan org lain tidak senang
kau si cantik ,
tapi mengapa pencacai jadinya ?
aku si mangsa
berdiam bila kau berkata
bukan takut untuk bersuara
hanya menjaga hati seorang kawan
katanyaaa.
hati aku seperti di siat2
ibarat ayam dalam soto.
ahh aku lapar sebenarnya
kembali ke sedia kala ,
melihat seorang kawan yang dulunya bergelak bersama
gempak gempita jadinya
tetapi kini , kawan menjadi lawan dalam diam
kau berjalan bersama aku
tetapi disebalik tangan mu
ada racun yang membunuh aku secara diam
jika Dia mahukan itu terjadi
ke tanah merah melekit itu aku pergi
Dari mana asalnya kita , disitulah kita kembali
Kau si pencacai jelita
tidak pernah terkuis sedikit pun hati aku ini
aku gembira melihat kau tertawa
tetapi hati kau gembira melihat aku merangkak selepas terjatuh
mungkin begitulah rupa kau sebenar
senang melihat kejatuhan sebangsa.
utusan terakhir dari aku untuk si menawan
bahasa ku mungkin pahit didengar , kelat untuk ditatap.
tetapi
harapan aku hanya ingin memulihkan persahabatan
mungkin tiada tabib yang mampu membantu
tetapi tadahan tangan selesai sujud terakhir saja yang mampu
sematkan di dalam minda mu
tiada persahabatan , tiadalah kawan , putuslah ikatan .


0 comments:
Post a Comment